Monday, December 26, 2011

Tuah pelanggan setia

Tempahan dari customer saya yang setia Puan Arbayah dari Sek 11 Shah Alam.
Tempahan beliau bukan hanya untuk majlis anak2nya tetapi juga untuk majlis saudara mara. Dengan tema Merah putih, tumpuan saya beri pada wording yang merah menyala. Seperti biasa Puian Arbayah mahukan sesuatu yang simple tetapi bergaya. Terima aksih atas tempahan untuk kesekian kalinya ini.
Pstt: Sbb customer setia harga mungkin berbeza. :-)



Monday, December 19, 2011

Jumpa Dill Cakes di Plaza Peransang


Dill Cakes akan mengadakan jualan slice cake di Dataran Bangunan Peransang Shah Alam ( Quality Hotel) pada 20 dan 21 Dec 2011 (Selasa dan Rabu). Dapatkan cheese kek , choc moist dan carrot cake pada harga diskaun. Tempahan semua jenis kek disana juga layak menerima 15% diskaun. Jumpa disana!

Friday, December 9, 2011

Perkahwinan Anak Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia

Kek 5 tingkat dengan tema biru putih menjadi penyeri majlis perkahwinan anak Ybhg Tan Sri Dato Sri Dr Wan Abdul Aziz Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia bertempat di PICC Putrajaya.

Hiasan dewan begitu cantik dan gah. Disana sini aroma mewangi bunga segar serta binaan pelamin yang sangat mengkagumkan. Dan kek ini dalam aura yang simple tetapi bersatu dalam majlis yang gemilang.
Kepada Pengantin semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.


Thursday, November 24, 2011

Putih Ungu

Putih Ungu Pilihan pengantin
Kek 4 tingkat
Didalam kek choc moist


Monday, November 14, 2011

111111

Meraikan perkahwinan pasangan mempelai yang memilih tarikh unik 11.11.11 sebagai tarikh memeterai janji taat setia sehidup semati.Kek perkahwinan 5 tingkat dalam skala besar menjadi pilihan penyanyi Syella. Saiz kek 18 inc , 16 inc, 12 inc, 10 inc dan 8 inc dengan ketinggian setiap satu 5 inc. Kek ini sangat besar sehingga saya perlu menggunakan troli serta bantuan orang lain untuk mengangkat kek ini. Kepada mempelai semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Saturday, October 22, 2011

Pilihan Mempelai

Pengantin mahukan gaya yang simple tetapi dalam rona yang menyerlah.
Merah putih menjadi pilihan.
Kek choc moist kegemaran mempelai.
Semoga bahagia ke akhir hayat.

Tuesday, October 4, 2011

Sedikit Berbeza


Tq Nana atas temapahan tier mini cake ini.
Ini first time saya menerima tempahan mini cake dalam bentuk tier.
Walaupun design diberi biasa saya buat, tetapi bila dibuat dalam bentuk tier ianya tetap mengujakan.

Saturday, September 24, 2011

Serba hijau

Cupcake hantaran dengan tema hijau.
Design pilihan customer.
Satu set 16 biji.Semoga pengantin bahagia hingga akhir hayat.

Thursday, July 21, 2011

Pengumuman

Assalamualaikum wbr.

Untuk makluman semua Dill Cakes tidak menerima tempahan sepanjang tempoh 23 Julai 2011 hingga 7 Ogos 2011. Kami juga tidak dapat menerima email/ call dalam tempoh tersebut. Semua email akan dijawab selepas 7 Ogos 2011.

Tempahan dibuka semula 8 Ogos 2011. Kepada semua selamat mengerjakan amal ibadah di bulan penuh barakah Ramadan ini. Tq

Wednesday, July 6, 2011

Simpulan kasih

Mencuba sedikit kelainan dari segi design.
Dengan tema gold , ribon dijadikan subjek utama.
Menghiasi 4 tingkat kek perkahwinan






Sunday, July 3, 2011

Comel yang simple

Cupcake hantaran simple.
Dari sigadis kepada teruna.
Pink putih pilihan hati

Sunday, June 26, 2011

Peach yang menyenangkan

Dalam gaya penuh kelembutan.
Warna peach dilihat begitu lembut dan menyenangkan. Bertemankan warna putih lambang kesucian, kombinasi ini jelas mmeberi aura yang tenang dan mendamaikan.
Tq kepada Haidar Zainal atas tempahan set mini cake ini!


Friday, June 10, 2011

Bahagia Dr Adam dan Fatin

Kek ini jauh perjalananan nya ke Alor Gajah
Meraikan pasangan pengantin Dr Adam dan Fatin
3 tingkatdengan tema hijau putih.
25 biji set cupcake FREE sempena promosi dari Dill Cakes.

Untuk Dr Adam dan Fatin, Dill CAkes mengucapkan Selaamt Pengantin Baru,
Semoga berbahagia hingga akhir usia. Amin

p/s:pembelian kek kahwin fondant 3 tingkat atau lebih akan mendapat 25 biji cupcake FREE. Promosi sah hingga July





Wednesday, June 1, 2011

Aura PICC Putrajaya

Kek 5 tingkat dengan tema kuning hitam menghiasi Dewan PICC Putrajaya.
Hiasan dewan yang nampak begitu mewah dan Elegant.
Kek ini ditempah oleh Ketua Pengarah KAstam Malaysia.
Selepas dilimpahi cahaya yang indah didalam Dewan , nampak tema kuning hitam ini begitu indah bergaya disisi pelamin yang begitu cantik



Wednesday, May 25, 2011

Purple pink!

Antara warna kegemaran kini purple pink!
3 tiers cake n cupcake menghiasi perkahiwnan Fazliana Sek 2 Shah Alam.
Mendapat hadiah promosi cupcake 20 biji dari Dill Cakes sempena promosi Hingga Julai. Meja kek terlalu kecil sampai tak muat nak letak semua cupcake..(Atau cupcake terlalu banyak?..:-)

Anyway Selamat Pengantin Baru kepada Fazliana dan Kamrul.


Sunday, May 8, 2011

Cupcake Percuma untuk tempahan kek 3 tingkat

Dapatkan 20 biji cupcake PERCUMA untuk diletak atas meja kek bagi tempahan kek perkahwinan fondant 3 tingkat.
Terhad kepada 3 design mengikut warna tema majlis
Promosi sah dari 14 Mei hingga 31 Julai 2011

Saturday, April 30, 2011

Ungu samar

Warna ungu samar..
redup mata memandang
Kek perkahwinan 4 tingkat. Dalam gaya berbeza pada setiap tingkat.



Tuesday, April 19, 2011

Biru yang romantik

Bagai pinang dibelah dua.
Berseri pengantin dalam majlis serba indah.
Memilih warna biru yang penuh romantik
Kek 4 tingkat memeriahkan suasana

Friday, April 8, 2011

Setinggi Kasih ku

Kek perkahwinan 6 tingkat
dalam dewan yang penuh gemilang
bertempat di Putrajaya Convention Centre (PICC)
dengan tema merah dan putih...
seluruh dewan bagai tenggelam dalam merahnya cinta!




Monday, April 4, 2011

Merah Jambu yang manis

Ramai orang kata warna merah jambu warna yang manis.
Dalam tema perkahwinan ramai yang memilih merah jambu sebagai tema majlis..cantik dipandang, sememangnya merah jambu mempunyai aura tersendiri




Tuesday, March 15, 2011

Chinta

Lots of love!
Cupcake dengan tema cinta...
sana sini heart shape
Sesuai untuk diberi kepada pasangan dihari pertunangan
mahupun sebagai doorgift kepada tetamu....
Mahu warna lembut, riang ria, redup dan apa saja
just email kami........:-)

Thursday, March 10, 2011

Aura Bunga Segar

4 tiers wedding cake with fresh flower..
Majlis di Dewan banquet UPM..
Merah putih menghiasi majlis

Saturday, March 5, 2011

Menyimpul ikatan

Dalam rona cream gold
Kek perkahwinan 4 tingkat
dihiasi dengan riben...
semoga ikatan dibina tidak terlerai..bahagia ke akhir hayat


Wednesday, February 23, 2011

Merah putih dan silver

Putih Merah memang menjadi pilihan pengantin kini.
tapi yang ini ada tambahan silver.
Kek ini turut sama meraikan pengantin dalam majlis yang berlangsung di Menara Kl

Sunday, February 6, 2011

Bahagia itu milik semua

Saya gembira dengan tempahan ini.
Pasangan kurang upaya melangsungkan pertunangan yang penuh sederhana.
Design dan tema warna terserah kepada saya.
Saya pilih merah sebagai lambang percintaan..dan putih lambang kejujuran..
Kepada Yusof dan pasangannya Selamat Bertunang...Semoga selamat sampai ke jinjang pelamin.
Insyaallah


Sunday, January 23, 2011

Tampak berseri

Warna Coklat dan putih menghiasi perkahwinan ini.
Kek saiz 8in petak.
Warna choc nampak elegant ....tampak berseri atas pahar hantaran..:-)

Friday, January 21, 2011

Makin digemari

Hitam putih
Warna yang makin digemari kini.
Boleh dibuat sama ada hantaran mahupun kek perkahwinan.
Berapa tingkat?
terpulang pada rasa hati dan bajet anda.....:-)


Thursday, January 13, 2011

Selamat Pengantin BAru



Berbahagia pengantin
Dewan yang cantik...
Pelamin yang indah
Makanan yang enak....
Tetamu yang ramai dan bergembira...
Memberi makna indahnya sebuah perkahwinan
Dan ianya diserikan dengan kek perkahwinan 4 tingkat dengan tema peach putih
Perkahwinan berlangsung di Dewan Banquet UPM.
Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia hingga akhir hayat

Tuesday, January 11, 2011

Melengkapi Majlis Nan Indah

Mjalis perkahwinan ini sangatla meriah..
Saudara mara semua bertungkus lumus di dalam dewan..
Seronok melihat keluarga ini...
Kahwinnya abang...tapi adik beradik beria2 menyiapkan persiapan..
Dengan tema maroon menghiasi dewan..
Kek juga harus dengan tema maroon...
Indah pelamin..dan kek saya melengkapi majlis ini.
Alhamdulillah...

P/s Makanan dalam majlis ini sangat la enak..!


Related Posts with Thumbnails